Pelangi yang Pudar

Tatkala perpisahan itu terjadi, Linangan air mata telah kuzahirkan, Kerana taktertahankan akan sakitnya berlainan arah, Sedang aku masih menyimpan cinta yang kita ukir. Ingin sahaja aku katakan kepadamu, Bahawa sesungguhnya tidak pernah aku merasa sunyi, Laksana kesunyian yang menimpaku kini, Dek kerana kita telah membawa haluan yang berbeza. Andai kamu mampu merasa keganjilan hati ini,Continue reading “Pelangi yang Pudar”

Sudikah Diri Ini Tetap Ada?

Jika ditanya mengenai sayang, Aku lebih rela menghitung tekun, Tafsiran dunia mengenainya, Kerana aku juga jahil membuah keterangan. Saat pertama kali kita bertemu, Itulah yang kuanggap tidak serius, Dalam menilai pelbagai rasa, Yang menjengah tiada dihentikan. Kini pula aku terus-menerus mengukir cinta, Daripada semangat timbulan kali pertama, Yang berhasil menjadikan aku ini, Lentera terang hidupContinue reading “Sudikah Diri Ini Tetap Ada?”

Kepada Sahabat Baharuku

Kepada sahabat baharuku, Kuucapkan darjat keselamatan, Atas kejayaan menempuh cabaran, Menjumpaiku yang giat menolak tawaran. Kepada sahabat baharuku, Izinkan kuperkenalkan diri ini, Yang sebenarnya lain beza daripada cakap-cakap, Semoga ketulusan tertinggi perkenalan ini. Kepada sahabat baharuku, Kuterangkan kesukaan dan kemahuan, Yang mungkin terjauh sukar diterangkan, Kerana sifatku yang menginginkan kelainan. Kepada sahabat baharuku, Kuminta penjelasanContinue reading “Kepada Sahabat Baharuku”

Mengira Berapa Jengkal Jauhnya Hati

Aku juga manusia, Yang berintikan rasa dan pemikiran, Andai diamati pola penilaian ini, Sudah tentu aku telah terbabas jauh. Pernah aku mengharapkan penuhnya impian, Bersama-sama mereka yang kuanggap teman, Serta sosok tubuh penyejuk kesedihan, Namun, aku tetap silap menilai kemahuan. Sebenarnya jaraklah yang memisahkan kita, Walau takterendah dirimu akan hal ini, Namun, sumpahku cakaran kecewaContinue reading “Mengira Berapa Jengkal Jauhnya Hati”

Membuka Pintu Ketenangan

Pada tanggal inilah yang kupilih, Sebagai masa sesuai mengungkap cinta, Yang pernah dikuburkan dan dihidupkan, Walau dikenal benar dalam jiwamu. Sengaja aku jeratkan kekuatan ini, Demi membuktikan kepanjangan rasa aku, Terhadapmu yang tidak pernah berkurang, Walau sejuta alasan kubentangkan. Namun, kujuga mengamati jelas dirimu, Yang pada hematku, tidak bersedia, Tidak diketahui sebab kehairanan, Mungkin sebenarnyaContinue reading “Membuka Pintu Ketenangan”