Sempurna

By Mohamad Asman - April 16, 2020


unsplash-logoWill Turner
(Petikan daripada buku Secebis Nota buat Pendakwah)

Tika ini
Sempurna aku bukan kerana amal
Sempurna aku bukan kerana nilai ketaqwaan
Kesempurnaanku dinilai dengan
Kepuasan yang ku berikan
Kepada manusia
Yang berdiri serupa Tuhan

Bukan kebaikan jadi ukuran
Nasihat bukan lagi nilai sandaran
Nilai mathali
Hanya diukur melalui luaran

Kita lupa hakikat kenyataan
Manusia tiada yang sempurna
Meski ia mudah digambar oleh kata
Sedangkan ia hanya milik yang Esa
Layakkah kita menyandang gelaran
Milik hakiki Sang Pencipta?

Wan Rabiatul Afizah

  • Share:

Advertisements