Why I Migrated to www.MohamadAsman.com?

By Mohamad Asman - April 15, 2020

Kapsyen: Saya masa tahun 2020, dah jangan tengok, ni saya nak tunjuk kat diri saya tahun 2030 lah!
Haa okay, saya rasa ni entry pertama saya untuk tahun Mahathir ni. Adui banyak betul kerja sampai tak sempat nak update blog yang tersayang ni hahaha.

So it's a question for me actually why I left www.dakwahindie.com (alternatively, kalau nak baca lagi blog Dakwah Indie, klik sini okey?). Ye la, walaupun baru setahun pakai custom domain, saya dah decide nak terminate je domain tu.

Sebenarnya, saya nampak macam kalau saya guna Dakwah Indie, tak menampakkan semua tulisan tu daripada saya, even kalau daripada saya pun, bukan daripada hati saya. So saya fikir why not saya just guna nama sendiri sebagai cara orang nak keep in touch dengan saya.

"Dakwah Indie" ni inspired daripada nama buku pertama saya sendiri. Bagi saya, buku "Dakwah Indie" ni adalah kejayaan kecil saya yang paling besar, ha faham tak macam tu? 😂😂 Saya berbangga dengan identiti Dakwah Indie, tapi saya tak rasa Dakwah Indie akan pergi jauh, jadi sebab tu jugaklah saya beralih ke www.mohamadasman.com. And saya ada jugak plan nak buat online store, amacam, okay tak? Erm kenapa saya bagitahu pasal ni eh? 😓

Saya rasa saya macam cakap benda yang tak penting je hahaha. It's okay kalau tak penting, tapi bagi saya, saya cuma nak luahkan pendapat saya sendiri, yang saya tujukan untuk diri saya sendiri, dari hati ke hati (ni tajuk lagu kan?).

Erm, musim PKP ni baru saya nak mula senjata 2020, adui, dah 4 bulan saya bazir masa tak tulis apa-apa. Saya rasa banyak sangat dosa ni sampai tak mampu express apa-apa hahahaha (tengah muhasabah ni).

Akhir kata, selamat tahun baru, eh tibeh.

S.H. XV-IV-MMXX

  • Share:

Advertisements