Kenapa Wajib Guna Storan Awan (Cloud Storage)?

By Mohamad Asman - May 10, 2020

Evolusi yang berlaku dalam dunia komputer dan Internet telah banyak disumbangkan dengan penciptaan peranti penyimpan data atau pada hari ini biasanya merujuk kepada Hard Disk Drive (HDD) atau pun bermacam-macam jenis Solid State Drive (SSD). HDD yang pertama dicipta oleh IBM pada tahun 1956 membolehkan kita semua menyimpan data yang disayangi, termasuk movie Korea anda! Bahkan dalam laptop atau PC, komponen storage yang digunakan ialah HDD atau SSD.
Photo by Pixabay from Pexels

Namun, walaupun HDD dan SSD sangat penting, kita tak boleh nafikan betapa banyak kekurangan penggunaan jenis penyimpan data macam ni. Mesti ada yang pernah tiba-tiba hilang semua data yang disimpan dalam external HDD biasanya, sebab HDD dicuri, ataupun rosak tanpa bagi amaran. Alamak! Masa tu, macam mana nak dapat balik semua data? Saya sendiri pun pernah tak sengaja format HDD yang dalam tu ada banyak movie (yang pirate) yang saya kumpul selama 3 tahun huhu 😪.

Maka, di sinilah bermulanya peranan cloud storage. Cloud storage berfungsi menyimpan data kita dalam server tertentu, kemudian kita boleh retrieve data kita pada bila-bila masa, dengan kehadiran sambungan Internet (ada juga jenis server tidak perlukan sambungan Internet).  Senang cerita, cloud storage ni macam seolah-olah HDD kita yang kita biasa pakai, tapi cuma guna bila nak guna je. Faham tak? Hmm. Untuk menyokong tajuk artikel ini, berikut merupakan penjelasan kenapa kita sepatutnya beralih kepada storan awan, atau cloud storage.



1. Cloud storage lebih menjimatkan

External hard disk yang dijual di pasaran rata-rata memerlukan kos beratus-ratus ringgit. Dikira satu pelaburan sekiranya kita beli external hard disk sebab kita tahu external hard disk memang cepat rosak. Berbeza dengan cloud storage. Cloud storage yang popular seperti Google Drive, Apple iCloud, Microsoft OneDrive, Dropbox dan lain lain menawarkan penggunaan cloud storage mereka secara percuma! Ya, percuma! Kita mungkin tak sedar, telefon pintar kita pun menggunakan perkhidmatan cloud storage. Bagi pengguna Android, Google Drive menawarkan storan 15GB untuk setiap akaun Google, yang mana kita boleh guna across devices. Nak guna kat telefon boleh, komputer boleh, macam-macam boleh! Kalau 15GB yang kita guna tidak cukup, Google One menawarkan penaiktarafan akaun-storan 100GB untuk RM8.49 sebulan (setakat 9 Mei 2020). Bagi saya, tawaran macam tu sebenarnya murah! Bayangkan, RM8.49 sebulan x 12 bulan = RM101.88. Kalau kita bayar secara tahunan pula, Google One hanya charge sebanyak RM84.99 setahun. Untuk iCloud pula, Apple menyediakan storan percuma sebanyak 5GB sahaja, dan ia sangat sedikit! Bagi pengguna iPhone, iPad atau Mac, storan 5GB itu perlu digunakan untuk Photos, Backup, dan banyak lagi, yang menyebabkan masalah storan cepat penuh 😂. (Itu cara Apple suruh iPhone user beli storage iCloud tambahan, yang harganya lebih kurang Google One). Tapi, biasanya ruangan 15GB oleh Google Drive adalah memadai bagi pengguna biasa macam kita. Kita tak perlu storage yang banyak, asalkan ada sahaja. Plus, untuk backup di Google Photos, kita diberi pilihan sama ada menggunakan storage 15GB itu atau backup dengan mode percuma (kualiti gambar akan dikurangkan, tapi gambar tetap superb!). Pendek kata, boleh je kalau nak guna cloud storage secara percuma berbanding HDD atau SSD yang perlu dibeli.

2. Cloud storage lebih selamat

Bercakap tentang keselamatan, kita takut kalau data yang kita simpan dalam HDD atau SSD diakses oleh orang lain, misalnya ada orang cucuk sana, cucuk sini. Benda yang paling kita takut ialah VIRUS! Dan virus yang paling saya benci dan tak akan maafkan sampai kiamat ialah shorcut virus (yang tahu je tahu). Berbeza dengan cloud storage, server cloud storage kita hanya boleh diakses oleh kita sahaja (asalkan ada maklumat akaun), tambah pula contohnya Microsoft OneDrive ada menawarkan tampilan Personal Vault, yang mana tahap privasi dan keselamatannya lebih tinggi. Menurut Apple pula, setakat ini iCloud belum pernah diserangi virus (yang ada hanya adware dan malware yang boleh dihapuskan) tapi saya meragui kenyataan ini 😂. Plus, data yang ada dalam cloud storage juga hanya boleh diubah suai oleh kita sahaja melainkan kita beri akses kepada orang lain. Jadi, bukankah lebih selamat menggunakan cloud storage berbanding HDD atau SSD yang berisiko dicuri atau hilang?

3. Cloud storage mudah diakses

Rasa kelakar tak bila nampak ada duk usung external hard disk dia ke mana-mana? Padahal kadang-kadang dia tak guna pun HDD tu masa tu. Kalau kita nak gunakan data dalam HDD, kita kena bawak HDD tu sentiasa, tapi untuk cloud storage, asalkan ada coverage Internet, kita boleh akses, ubah suai atau tambah data kita bila-bila masa. Ingat, all you need is your account!

4. Tak ada dah!

Saya rasa itu sahaja sebab kenapa kita wajib guna cloud storage. Ada juga laporan mengatakan pengguna kehilangan data semasa menggunakan cloud storage, jadi, idea yang baik sekiranya kita memanfaatkan penyimpanan data konvensional atau HDD berserta dengan cloud storage. Nak tahu macam mana saya guna cloud storage? Stay tuned!

  • Share:

Advertisements