Laman Web Belajar Coding yang Menarik!

By Mohamad Asman - May 03, 2020

Tiga tahun belajar subjek Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) di sekolah rendah, campur tiga tahun belajar subjek Asas Sains Komputer (ASK) di sekolah menengah, sekarang, saya tak ada pilihan lain selain tinggalkan subjek Sains Komputer untuk menengah atas. Kenapa saya tak ambik subjek tu walaupun saya minat? Sebab saya nak ambik pakej Sains Tulen. Kat sekolah saya, macam tu lah, geng yang ambik Sains Komputer ni tak ambik Sains Tulen, Sains Tulen tak ambik Sains Komputer, plus subjek-subjek elektif lain.

Cuma, tak mungkin saya boleh tinggalkan subjek tu. Belajar lebih kurang enam tahun, uish bukan belajar sikit tu. Tapi, kalau tak boleh belajar kat sekolah sekali pun, sebenarnya kita ada alternatif lain untuk dapatkan ilmu, lebih jauh ilmu yang percuma! Setakat ni, saya dah cuba banyak website untuk dapatkan fundemental untuk programming. Kat bawah ni ialah cadangan saya kalau ada student yang sebenarnya minat dengan computer programming/computer science secara meluasnya, khususnya coding, yang mana kita boleh dapatkan ilmu berkaitan dengan programming dalam banyak jenis programming language, macam HTML, Java, Javascript etc dan lebih jauh lagi language yang khasnya untuk manipulating data iaitu SQL, macam phyMyAdmin,  MyWebSQL, Adminer etc.



Kapsyen: Tekan gambar di atas untuk ke laman web Khan Academy.


1. Khan Academy (www.khanacademy.org)


Sudah semestinya website pertama yang saya recommend ialah Khan Academy. Sebelum ke computer programming, apa yang menarik dengan Khan Academy ialah diorang tak mengenakan apa-apa caj langsung! Sebab penubuhan Khan Academy pun memang bermatlamat untuk memberikan pendidikan pada semua. Lebih mudah untuk cerita, ada banyak website yang kata mereka menawarkan pembelajaran atas talian percuma, tapi hanya satu yang menepatinya, iaitu Khan Academy. Antara subjek yang ditawarkan termasuklah Matematik, Sains, Sejarah, Pengaturcaraan dan banyak lagi. Cuma kurangnya dia sebab silibus yang ditawarkan mungkin ada kelainan dengan silibus di sekolah kerajaan Malaysia, untuk maklumat, Khan Academy diasaskan oleh Salman Khan (bukan pelakon Hindustan) di Amerika Syarikat.

          Berbalik kepada computer programming, di Khan Academy, mereka menawarkan pembelajaran Computer Programming dan Computer Science, secara berasingan. Antara elemen yang diajar dan ditekankan ialah JavaScript, HTML dan SQL. Apa yang saya suka lagi, sudah semestinya user interface (antara muka pengguna), atau UI-nya yang sangat menarik dan segar! Senang cerita, nak belajar pun bersemangat je. Dan perlu diingatkan lagi, pembelajaran di Khan Academy membantu golongan kurang berkemampuan yang nak belajar subjek macam ni dengan mudah, sebab ianya percuma!
Kapsyen: Tekan gambar di atas untuk ke laman web Codecademy.


2. Codecademy (www.codecademy.com)

Berbeza sikit dengan Khan Academy, di Codecademy, topik yang diajar sangat banyak dan meluas, contohnya HTML, Java, JavaScript, Python, SQL, termasuk Go yang dianggap bahasa pengaturcaraan baharu, C, C++ dan banyak lagi. Codecademy menawarkan pembelajaran yang sangat fresh, dengan bahasa yang amat mudah untuk dipelajari (major in English). Cuma perbezaan ketara dia dengan Khan Academy ialah Codecademy hanya menawarkan pembelajaran percuma untuk topik yang sangat terhad. Senang cerita, pembelajaran percuma atau Basic yang diberikan hanya untuk tujuan promosi, selebihnya, pengguna perlu membuat langganan untuk tempoh bulanan atau tahunan. Ada juga yang mampu membayar untuk belajar, tapi sebenarnya kadar bayaran yang dikenakan oleh Codecademy memang tinggi! Bayangkan, untuk tawaran hari ini (5/3/2020), langganan untuk sebulan ialah $15.99, bermaksud sekitar RM68.72 di Malaysia. Itu baru sebulan, yang mana tidak mungkin kita boleh belajar semua kursus yang ditawarkan dalam masa sebulan. Jadi, untuk setahun, bayangkanlah betapa banyak yang parents perlu afford untuk pendidikan Computer Science kalau bukan di sekolah.

          Tapi, kalau anda betul-betul mampu untuk dapatkan version Pro di Codecademy, bayaran ini sebenarnya amat berpatutan sebab nilai pengetahuan yang anda dapat jauh lebih tinggi. Tapi, macam saya, saya tak mampu, cuma mampu tengok je 🥱😂. Berbalik kepada topik asal, Codecademy juga menawarkan langganan secara satu team, yang mana mungkin dengan harga yang lebih murah dan kompetitif. Kalau ada berminat nak daftar untuk satu kumpulan, dapatkan quotation di website Codecademy.

Kapsyen: Tekan gambar di atas untuk ke laman web Interneting Is Hard.


3. Interneting Is Hard (www.internetingishard.com)


Berbeza dengan Khan Academy dengan Codecademy, website Interneting Is Hard pula hanya menawarkan topik berkaitan HTML dan CSS setakat ini. Namun, sudah semestinya content yang dibuat amat menarik dan nampak segar! Saya biasanya akan ke website Interneting Is Hard untuk belajar semula asas HTML bila terlupa (kadang-kadang bila HTML terlalu tinggi, tag basic pun boleh lupa, macam belajar taranum al-Quran, sampai masa hukum nun mati pun boleh terlupa cara bacaannya 😂). Dan macam biasa, ianya percuma.


Kapsyen: Tekan gambar di atas untuk ke laman web Educative.


4. Educative (educative.io)

Macam Codecademy, Educative juga menawarkan course yang hampir sama, dengan harga langganan bulanan yang hampir sama. Saya belum explore habis lagi Educative ni, tapi nampaknya memang sama, course percuma hanya untuk tujuan promosi.
Kapsyen: Tekan gambar di atas untuk ke laman web Udemy.


5. Udemy (udemy.com)

Udemy memang satu laman web pembelajaran yang sangat powerful, yang cover terlalu banyak topik dalam computer science, bermula dengan yang paling basic, sampailah yang paling kompleks. Saya recommend Udemy sebab berbeza dengan yang lain, Udemy menawarkan sistem bayaran untuk satu kursus, bermakna, kalau kita nak belajar kursus ini dengan cikgu ini, kita cuma bayar untuk kursus ini sahaja, yang mana sudah semestinya bukan sistem langganan (berpanjangan, langganan terhenti apabila kita tak bayar). Di Udemy, seolah-olah macam kita boleh belajar bila-bila kita mahu, apabila ada duit. Nampak bagus kan?

          Selain computer science, banyak subjek lain yang turut ada, contohnya muzik, perniagaan, reka bentuk (design), pemasaran (marketing), dan sebagainya. Di Udemy juga, ada banyak jenis course, iaitu kursus rasmi daripada Udemy, atau kursus yang diconduct oleh conductor lain yang turut berpengalaman. Tapi, sama dengan yang lain, kursus percuma hanya ditawarkan sangat terhad, selebihnya, kena bayo la der!
Kapsyen: Tekan gambar di atas untuk ke laman web W3Schools.


6. W3Schools (w3schools.com)


Saya biasanya menggunakan W3Schools untuk tujuan rujukan atau reference sahaja. Memandangkan W3Schools sudah bertapak lama sebagai platform pembelajaran percuma, antara muka pengguna di sana macam agak ketinggalan zaman. Tapi percayalah, contohnya macam HTML, sintaks yang digunakan 30 tahun lepas, masih dipakai untuk tahun 2020! Jadi, untuk belajar HTML, W3Schools bukanlah pilihan yang kurang bijak kan?



Rasanya, setakat ini, ini merupakan enam laman web yang saya suka nak sarankan pada anda sekiranya anda betul-betul ada keinginan untuk jadi web developer suatu hari nanti. Anda boleh dapatkan skill untuk coding di laman web lain juga 😁. Tapi sebenarnya ilmu, kita boleh dapat kat mana-mana sahaja, tapi yang paling penting ialah usaha kita untuk dapat sebanyak mana ilmu yang boleh, nak nak pengetahuan tentang computer science, memang penting untuk masa ini.

Apapun, selamat belajar!

P.S.: Untuk rujukan terhebat untuk HTML, pengguna boleh ke laman web https://developer.mozilla.org/en-US/docs/Web/HTML.

  • Share:

Advertisements